Tuesday 31 March 2015

Happy GST Day

Assalammualaikum,
Allahu Rabbi. Last post 11th July 2013. Harini dah 1st April 2015. Tapi disebabkan blog ni pun selow melow dan sememangnya suram dari awal episod. Makanya tak terkesan kat sesape pun.

Alhamdulillah. Banyak benda yang jadi for the past years.
Alhamdulillah. I dah jadi mama to a handsome son on earth. *sapa taknak puji anak sendiri kan? hehe*

Nanti I share my journey to become a mother.

Untuk semua yang masih TTC,
insyaAllah. Usaha, doa dan tawakkal.
Enjoy life to the fullest.

Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang terindah ini. Amin.

Thursday 11 July 2013

Welcome Ramadhan.

Assalammualaikim...

Ya ampun berkurun iols tak update sini.. Kengkonon nak jadikan tempat mempotpet kat sini. Terbantut usaha.

So far banyak benda la nak update. Few things yang telah di upgrade. Alhamdulillah.. Let's cekidaut..

1. New car
2. New career
3. New phone

Banyak jugak improvement and rezeki yang Allah bagi.. Alhamdulillah again!

Jangan putus usaha.. InsyaAllah, Allah bersama org yang sabar. 

"La tahzan. Innallah ha maana"

P/s: Testing belog guna new phone. Hasilnya : iols baloq nak menaip banyak2.. Sekian. Wassalam...

Friday 12 April 2013

TTC : Mengurut

Assalammualaikum..

Semoga hidup happy ceria dan indah.
Jangan putus berdoa.
Jangan putus berharap.
Jangan putus berusaha.


Apple nak share pengalaman mengurut last month yang Apple buat. Al-kisahnya sebab setiap kali berkasih dengan Mr. Apple, rasa sakit sangat macam nak tercabut En. Rahim. Makanya Apple pun google nak cari tempat mengurut. Cari punya cari jumpa la Mak Yong Putrajaya. Selain urut biasa, Mak Yong gak buat urutan zuriat (sebagai ikhtiar). Jadi Apple pun sambil minum ayaq sambil selam dan minum lagi, request nak book Mak Yong untuk urutan zuriat la. Tapi syaratnya ialah sebaik selepas period sebelum bersama suami. Urutan 3 hari berturut-turut.

Haa, memang Apple tengah period pun dah hujung-hujung. Cantik! Dengan pantasnya Apple book Mak Yong. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Excited sangat sebab Apple memang syok kalau orang urut Apple. Ala-ala p Spa gitu~


Menurut perkiraan Mak Yong, rahim Apple jatuh sikit, sebab tu la terasa sakit. Mak Yong gak tak bagi mengharap sangat. Dia kata ikhtiar, rezeki tu hak Allah samada dapat anak ka tak, tu hak Allah. *baik Mak Yong, noted!*

Urutan 3 hari costs me RM180, dan berbekal kacang kuda untuk Mr Apple makan setiap pagi sebelum gosok gigi. Kacang tu kena rendam semalaman. Katanya bagus untuk kesihatan & sistem pencernaan. *Mujuq bukan Apple yang kena makan.. hahaha*


Saja nak menfamouskan lagi Mak Yong ni.. Inilah contact number beliau..

Mak Yong Urut (Putrajaya)
012-4819795 .. 

Tapi Mak Yong ni macam pisang goreng ok! Laku & sentiasa fully booked. Semoga usaha kita diberkati..


For babies :
Abah kamu everyday, never failed eating it since I brought it from Mak Yong. Ikhtiar kami untuk having you in our arms. Hopefully usaha Abah & Ibu diberkati Allah dan diperkenankan doa-doa kami. InsyaAllah.
We love you syg. We've love you already. *hugs & kisses*

Throwback : Grand Lexis Port Dickson

Assalammualaikum~

Happy weekend uolss~
Pagi tadi fefeling la nak test UPT sebab dah seminggu lebih Jepun tak menjajah. *Jepun sebab macam corak bendera Jepun sket. kan kan?? Tapi kalau heavy flow tu tak laa..hahaha*

Result? hampeh~ Nan hado.. Ter-down la sikit pagi tadi. haha. Pasai lately dok fefeling pregnant. I dont know why, tapi deep inside dok rasa macam si kecil ada dalam Encik Rahim. Tapi ye la maybe sebab mengharap sangat sampai terbawak2.. Before ni tak rasa apa pun.. -_-"

Abaikan. Mari mengimbau kenangan ke Grand Lexis Port Dickson yang indah. *Nak p lagi bulih tak? pelisss love.. Nak p lagi sekali. huwahuwa~~~~*

Let's cekidaut bebeh~!

After proses men-check-in-kan diri selesai, weolls dibawak oleh buggy car menuju ke bilik weols di hojong resort menikmati permandangan ala-ala orang kaya tak-sedar-diri-nak-jalan-pun-malas. *sekali sekala mengada2. ngeh ngeh..*

Ni la permandangan sambil naik buggy car.. Budget hartawan sungguh!


Full Sea View. Permandangan dari balkoni. Tapi ayaq surut so tak berapa menarik. Purpose nak ambil full sea view pasai nak fishing & tangkap ketam. Hasil?? Ikan yillek (zero) tapi ketam dapat la dalam 5 ekoq. Yummehh!!


 Kemuncaknyaa~~ Taddddaaaaaaa~~~~ Inside the room...

2 bijik katil king size sangat selesa dan besaq uolss.. Rasanya 7 orang boleh tidoq ni. Bilik ni plak rasanya dalam 10 orang boleh tidoq dengan selesa pasai ada sofa and nampak tak kat hujung katil tu?? Ada gak sofa yang boleh combine jadi single bed *chewahh pandai2 la Apple ni*


Ni plak tempat untuk berangan-princess basuh muka la, shave la, gosok gigi la, anything yang uols wanna do here uols can do here. Sangat selesa dan mewah! Barang yang disediakan oleh pihak hotel pun lengkap. Selain basic things like shampoo & shower gel, hotel prepare toothbrush&paste, comb, shaver, jarum&benang, etc.

Apple jadi syok sangat2 pasai sini ada berus gigi ngan ubat gigi. Kalau tak kami laki bini selalu kena p beli sebab kalau travel memang akan terlupa la berus gigi masing2. *Terok perangai punya excited sampai lupa habis semua*

Ni plak tempat mandi ngan melabur saham kecil dan besar. 

Nampak tak kat pintu terbukak tu ada macam tirai? Haaa! uols kalau nak fefeling hollywood boleh la bukak tirai tu, open sea bathing. Haha. Tapi kalau tetiba ada nelayan, untunglah nelayan tu. Free show. No no no! Jangan buat macam tu ye. Haromm~ 


 Dalam almari ada bathrobe. Ada 2 ekceli (read : actually). Tapi Apple tengah pakai 1 masa snap pic ni.. hehehe.. Again. Fefeling orang kaya.

Ni adalah kawasan sekitar private pool. Kalau takmo mandi kat shower dalam bilik, leh gak mandi kat shower luaq ni. Tapi sejuk gila laaa pasal angin sepoi-sepoi bahasa menampar badan yang comel tu. Tapi sebenaqnya fungsi utama shower ni pasal nak bagi stable suhu badan sebelum terjun dalam pool. *Tapi Apple terjun ja troih. Tak shower dulu pun. Haha*


Ni la private pool kat bilik kami. Kedalaman 4ft dan panjang mungkin dalam 5meter. Mungkin. *Psstt : Tu Mr Apple dok bertungkus lumus nak pancing ketam setelah putus asa ngan ikan. haha*
Motip ada belon? Saja konon nak mood party buih. 

Kolam suci murni.


Cantik & damai. 

Ni bilik jenis lain. Kat hotel ni banyak type bilik. 


Kesimpulannya....
Memang menarik tertarik kau memang debom la percutian ni.. Worth every penny bak kata omputih. *drooling* If only we can make it routine..hahaha melampau!!!

Harga dia boleh tengok kat website. Setiap type harga berlainan. 
Apple ambil Premium Pool Villa - above the sea. For full sea view ada extracharge. Semua details kat dalam website dia.. 



Highly recommended. Memang agak mahal tapi memori tu sangat indah dan berbaloi.. *wink wink*




XoXo
Mrs. Apple

Sunday 7 April 2013

TTC : Persediaan awal

Assalammualaikum..

Ha la post sebelum ni beria selamat malam mimpi indah. Sebenaqnya Apple tak mengantuk lagi. Maka jadinya Apple nak share sikit persediaan Apple untuk TTC ni.

First of all Apple baru nak masuk setahun jagung kahwin. Dan baru almost 2 bulan seriously berTTC masih takdak rezeki *ya ampun, tau ramai lagi kat luaq sana bertahun TTC. Apple doakan kita semua akan dikurniakan rezeki ni ok? Amin*

Jadi sebagai langkah persediaan, Apple makan beberapa supplement yang orang dok review bagoih la kalau nak pregnant. Antaranya...

1. Folic Acid.

Hat ni Apple beli kat Watsons ja. Brand Appeton. Nak cerita effect dia pun tak boleh pasai Apple pun tak rasa ada perubahan apa pun kat badan. Cuma yang Apple tau folic acid ni bagoih untuk kesihatan Encik Rahim kita. Kalau rajin lebih sikit Apple akan makan Avocado. Blend ngan susu. Yummeh! Nanti Apple share kan resepi. Avocado ni sumber Folic Acid yang natural & original.



2. Shaklee : Vita-Lea

Makan vitamin dari shaklee ni pun sebab kawan Apple recommend. Dia makan & rezeki dia cepat terus lekat setelah almost setahun kahwin. So iols pun eagerly la nak try. Manatau kot kot lah rezeki I pulak kan? 


3. Shaklee : GLA

GLA ni fungsi dia untuk membetulkan hormon yang weng sikit. Tapi kesan GLA kat Apple is period Apple jadi gila. Mai sikit-sikit pastu berlanjutan (17 hari uols. Tapi setitik ja. Fenin iols nak plan buat anak tarak boley~ haha). Gila sejajar dengan nama vitamin GLA (read : Gila) bak kata Mr. Apple. So for the time being Mr. Apple suruh stop makan GLA dulu sebab bagi hormon natural balik. Tapi ni kesan kat Apple ja. Lain orang lain kesan. 



3. Shaklee : B-Complex


Haa, setara dengan nama dia yang complex, supplement ni pun bagoih gak actually sebab dia mai skali ngan folic acid. So kalau uols takmo makan folic acid dah pun takpa pasal supplement ni dah include folic acid. 





Dah sebulan lebih Apple dok makan supplement ni sebagai persediaan. Dan berat badan Apple pun bertambah dengan jayanya.. Ya kawan-kawan, beliau ini semua akan stimulate nafsu makan uols ye. Sat sat mesti dok rasa lapaq padahal dah makan nasik sepinggan. *crying*. And Shaklee's akan memerlukan uols minum ayaq dengan banyak sekali tau.. Pasai kalau tak minum ayaq banyak, urine uols akan kuning seperti warna pil B-complex tu. Haha. *Apple dah kena. Scary ok color tu!!*


Jadi dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Let's the journey begin!

Semoga Allah perkenankan doa doa kita untuk mendapatkan zuriat kita.. Amin..

p/s : Babies. This is for you sayang. Even though Ibu doesn't know bila Ibu akan dapat jumpa kamu. Tapi Ibu will do my best to have you by my side. I've already love you sayang. Ibu & Abah selalu doakan agar Allah kurniakan kamu untuk kami. Amin ya Rabb.  


XoXo
Mrs. Apple

Selamat Malam Mimpi Indah

Assalammualaikum..

How are uols? Mesti tengah hotness kan tengok ABPBH.. Auw janganlah stress stress ok? Walaupun hakikatnya hazab.. Almost 3 hours spending time dok menambah beratkan bahu kiri.. -_-"

Setelah berkurun lamanya harini tetiba semangat waja nak tengok anugerah kat TV. Ni pasai pengaruh gosip liaq la ni.. huwaaa *cryingggg..bahu kiri makin dok berat ni*

Mr Apple plak dengan komik beliau. Kena paksa rela teman tengok pasai Apple tak syok tengok tv sesorang. Rasa tak fun. Haha. Walaupun berpuluh kali U dok kata kena downgrade level otak pasai dok tengok benda macam ni. Walaupun berpuluh kali U dok kata otak U jem tak boleh pikiaq and walaupun berpuluh kali U dok beletiaq kat I pasai terpaksa tengok, iols rela. Pasai iols sebenaqnya dok tunggu nak tengok kaka Maya Karin yang gojess itu!! *drooling*


Haa, Apple takmau nak komen papa la pasai retis ni uols.. Cuma Apple doakan semoga Allah bagi petunjuk la kat kita suma. Bagi hidayah dalam menuju kejayaan hidup dunia akhirat. *Astagfirullahalazim mengucap panjang jugakla Apple tengok retiss malam ni..*


Esok sudah Monday. Mulakan minggu anda dengan ceria ye uols. Jangan dok Monday Blues sangat naa.. Semoga rezeki yang kita dapat tu berkat. *Pesanan untuk diri sendiri sebenaqnya..*


Hello April! Semoga bulan ini mendatangkan berita gembira. Manatau ada orang ketiga dalam perut Apple yang comel ni. *Berangan lebih* Doakan lah yeee~~~! Amin ya Rabb.


XoXo
Mrs. Apple.

Mrs Apple in the house uols.

Assalammualaikum,

My first post..
I am Mrs Apple, from Earth, declaring myself as the owner of this blog. I will share everything most of the things *that I feels like sharing* as a future reference. For myself, my husband & my kids.


Oh mai, skema sungguh ayat uols. Haha. Sebenaqnya motip belog ni Apple buat adalah untuk meluahkan perasaan hati luka dan lara *ptuih* dalam journey untuk memperolehi anak-anak dari yang sulong sampai lah yang bongsu, serta cabaran hidup sebagai Mrs dan benda-benda lain yang berkaitan..

Manatau nanti bila Apple dah pejam mata nanti, Mr Apple & anak-anak boleh la baca belog ni mengimbau kenangan kau dan aku kembali.. haha.


So cekidaut bebeh!

XoXo
Mrs Apple.